Thursday 27 April 2017

Filled Under:

ALLAHHUAKABAR ! Bekas Mufti Dedah Perkara Luar BIASA Berlaku Ketika Melawat Jenazah Adik Thaqif ! MOHON SHARE !

ALLAHHUAKABAR ! Bekas Mufti Dedah Perkara Luar BIASA Berlaku Ketika Melawat Jenazah Adik Thaqif ! MOHON SHARE !

Johor Bharu, 27 April - Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut berkata beliau melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal semalam sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa.

Nooh Gadut melawat jenazah pelajar itu bersama beberapa pegawai dari Majlis Agam Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail semalam.

"Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa Al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham.

"Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca Al-Quran)," kata Penasihat MAINJ sebagaimana lapor Bernama.

Selain itu, beliau juga turut menyatakan rasa kagum apabila diberitahu mengenai hasrat Allahyarham yang mahu menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Nooh juga terharu melihat dengan kesabaran ibu bapa Allahyarham Mohamad Thaqif Amin yang reda menerima ujian tersebut sebagai qada' dan qadar daripada Allah.




0 comments:

Post a Comment