Wednesday 30 August 2017

Filled Under:

Kekalahan Malaysia di Tangan Thailand, Sultan Kecewa dengan pemain ini yang tamak dan mementingkan diri!!

Kekalahan Malaysia di Tangan Thailand, Sultan Kecewa dengan pemain ini yang tamak dan mementingkan diri!!

PAHIT berbaur manis bagi negara tuan rumah, Malaysia yang berjaya memecahkan sasaran pingat emas dalam acara dwitahunan Sukan Sea ke-29 dengan 140 emas namun gagal meraih emas dalam acara bolasepak setelah tewas kepada pasukan Thailand 0-1.

Menghampiri penghujung hari ini, Malaysia berjaya mengumpul 140 emas, 90 perak dan 83 gangsa dengan jumlah keseluruhan 313 pingat. Ini diikuti Thailand dengan 69 emas, 86 perak dan 87 gangsa.

Pasukan bolasepak Malaysia tersungkur pada minit ke-39 selepas penjaga gol, Haziq Nadzli gagal menepis bola lalu tertolak ke gawang sendiri.

Keadaan padang yang basah akibat hujan lebat menambahkan lagi kesukaran Haziq membuat penilaian yang tepat ketika menumbuk bola.

Ketika separuh masa kedua, pasukan bawah 23 yang dilatih Ong Kim Swee bangkit semula namun gagal menukar peluang mereka.

Jaguh bolasepak negara Safawi Rasid dan N. Thanabalan beberapa kali hampir memecah kebuntuan tetapi malam ini nasib tidak menyebelahi mereka.

Peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan adalah pada minit ke-77 apabila Syazwan Andik Mohd Ishak menyepak bola menggunakan kaki kanan dari sebelah kiri tetapi melepasi palang gol.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas adalah pada 2011 selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penalti selepas seri 1-1. Sebelum itu, Malaysia juga memenangi emas Sukan Sea pada 2009 apabila mengalahkan Vietnam 1-0 di Vientiane. – 29 Ogos, 2017.

susulan itu Sultan Melaka yang menyaksikan pelawanan ini melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada pemain yang tamak berikut screen shot yang diambil







0 comments:

Post a Comment