Thursday, 30 March 2017

Filled Under:

Akhirnya Individu cuba rasuah Sultan Johor Menyerah diri..Rupanya Bukan Calang-Calang Orang,,Pasti Ramai Terkujut Besar

Akhirnya Individu cuba rasuah Sultan Johor Menyerah diri..Rupanya Bukan Calang-Calang Orang,,Pasti Ramai Terkujut Besar

Putrajaya – Seorang individu yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat cubaan untuk merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akhirnya menyerah diri di sini selepas beberapa jam amaran dikeluarkan.

Lelaki tersebut menyerah diri sebaik sahaja mengetahui dia menjadi buruan pihak SPRM yang memberikan tempoh kepadanya untuk berbuat demikian sebelum pukul 12 tengah malam ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, individu berusia 54 tahun itu tiba seorang diri di Ibu Pejabat SPRM sebaik sahaja mengetahui mengenai amaran itu melalui media kira-kira pukul 11 pagi tadi.

“SPRM akan membuat keputusan sama ada akan mereman suspek atau tidak pada hari esok. Buat masa ini, kita akan mengambil keterangannya dahulu untuk siasatan lanjut,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Azam memberikan amaran untuk mendedahkan identiti dan gambar suspek yang cuba menyogok Sultan Ibrahim bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’ sekiranya masih gagal untuk menyerahkan diri kepada SPRM.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas beliau menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPRM 2016 yang diadakan di sini pagi tadi. – Kosmo





0 comments:

Post a Comment