Wednesday, 26 April 2017

Filled Under:

Alfatihah...Sedihnya..Pesanan Terakhir Adik Thaqif Buat Semua Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir....

Alfatihah...Sedihnya..Pesanan Terakhir Adik Thaqif Buat Semua Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir....

Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif“Saya mahu jadi huffaz (hafiz) dalam masa dua tahun. Saya pasti saya boleh. Kau boleh Thaqif.” Itu antara catatan Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang ditulis dan dilekatkan dalam al-Quran miliknya dipercayai ketika mula mendaftar di sebuah madrasah di Kota Tinggi, Johor, Januari lalu.

Catatan itu ditemui bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, sebelum menyerahkan kepada Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dazma Shah Daud yang menziarahi Allahyarham di Hospital Sultan Ismail (HSI), 1 tengah hari semalam.

Dazma Shah berkata, Allahyarham turut menulis panduan untuk menjadi seorang hafiz.

“Dengar cakap ibu bapa, jaga solat lima waktu dan menghafal surah yang senang dulu.

“Selain itu Allahyarham mencatatkan satu hadith mengenai niat menuntut ilmu perlu semata-mata kerana mencari keredhaan Allah bukan maksud lain,” katanya.

Dia berkata, semasa berkesempatan menziarahi Allahyarham semalam, dia sebak melihat keadaan kanak-kanak itu terutama pada bahagian kaki selain hujung jari yang kering serta badan agak panas ketika itu.

“Saya hanya berdoa semoga Allahyarham segera sembuh. Apatah lagi ketika itu saya turut dimaklumkan pihak hospital akan memotong tangannya.

“Namun Allah lebih sayangkannya. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Dazma Shah berkata, dia memang rapat dengan bapa Allahyarham sejak 20 tahun lalu.

“Saya ada menasihatkan bapa Allahyarham supaya menyerahkan segala urusan terutama berhubung insiden yang menimpa anaknya kepada pihak berkuasa,” katanya.


Mohamad Thaqif meninggal dunia kira-kira 2 petang hari ini akibat jangkitan kuman.

Allahyarham dimasukkan ke HSI seminggu lalu susulan dia dilapor disebat oleh pembantu warden asrama madrasah.

Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Allahyarham sebelum ini pernah meluahkan perasaan dan doa dalam buku latihan supaya dipindahkan daripada asrama itu.

Allahyarham turut berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi di madrasah itu.


Sempat Memperdengarkan Bacaan Surah Al-Mulk Yang Dihafal|”Semasa cuti persekolahan bulan lalu kami dapat melihat keseronokannya mengikuti pembelajaran di madrasah berkenaan kerana dia memang bercita-cita menjadi tahfiz.

Malah dia turut memperdengarkan bacaan surah Al-Mulk yang dihafal olehnya.kata ahli keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 yang disahkan meninggal kira kira jam dua tadi.

Keluarga Allahyarham akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar tahfiz berkenaan mempunyai kaitan dengan kes penderaan.

“Buat masa ini kami serahkan siasatan kepada pihak berkuasa, sekiranya benar didapati dia didera kami akan lawan untuk membela apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

“Sebelum ini dia memang sihat serta tidak pernah dimasukkan ke hospital. Malah dia juga aktif bermain bola sepak,” katanya ibu saudara Allahyarham ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
“Pada mulanya keadaan dia nampak baik dan akan jalani pembedahan tangan kanan, tetapi terpaksa dibatalkan mungkin disebabkan demamnya yang terlalu tinggi sehingga suhu melebihi 40 darjah dan tekanan jantung tidak stabil,” katanya.


Dalam pada itu katanya, mereka sekeluarga amat rapat dengan Allahyarham kerana dia anak yang baik malah mereka sering berkumpul bersama-sama setiap kali musim cuti persekolahan.


“Kami amat bangga dengannya, sebelum dimasukkan ke hospital dia juga sempat menghafal surah Yasin bersama ibunya,” katanya.





0 comments:

Post a Comment