Friday, 14 July 2017

Filled Under:

Adik Julia Perez Dedah Kejadian Aneh Ketika Tidur Di Bilik Peninggalan Kakaknya..Roh Kakak saya Selalu..

Adik Julia Perez Dedah Kejadian Aneh Ketika Tidur Di Bilik Peninggalan Kakaknya..Roh Kakak saya Selalu..

Pemergian selebriti dari Indonesia, Julia Perez baru-baru ini masih lagi dirasai dengan begitu mendalam terutama di kalangan ahli keluarganya.

Kesedihan tersebut diceritakan oleh adiknya yang bernama Della Wulan Astreani. Katanya dia terlalu merindukan kakaknya itu sehingga mengambil keputusan untuk tidur di bilik Julia atau mesranya disapa Jupe.


Namun demikian, Della mendedahkan dia mengalami beberapa kejadian yang boleh dipanggil aneh ketika tidur di bilik peninggalan Jupe.

Seram pula bila mendengarkannya, bukan? Namun, tunggu dulu, sila baca selanjutnya perkongsian adik kepada Jupe ini.


“Ketika tidur di kamarnya, saya turut memakai baju tidur kakak saya. Kejadian aneh yang saya alami itu dirasakan ketika saya sedang tidur.

“Papa saya memberitahu, seolah-olah ada seseorang yang memeluk saya ketika saya sedang tidur. Saya cakap, tak mungkinlah kerana sekarang kan bulan Ramadan. Namun, papa saya berkata, orang yang baru meninggal itu rohnya masih ada di sini,” kata Della kepada Liputan6.

Yang mengejutkan, ibunya juga bersetuju memang ‘roh’ Jupe yang memeluknya ketika tidur. Apatah lagi Della dan kakaknya Jupe begitu akrab ketika hayatnya.

“Mama saya bilang, mungkin kakak berasa rindu. Memang dahulu saya sering tidur di biliknya sewaktu Jupe sakit. Malah, anak-anak saya juga sayang rapat dengannya,” ujarnya lagi dengan sedih. – Sumber:




0 comments:

Post a Comment