Perkahwinan Remaja 16 Tahun dengan Nenek 71 tahun tidak sah…
JAKARTA: Menteri Sosial Khofifah Indar Parawansa terkejut dan kesal dengan perkahwinan yang berlangsung antara remaja lelaki bawah umur Selamat Riyadi, 16, dengan nenek bernama Rohaya, 71.
Video perkahwinan di Kecamatan Lengkiti, Kabupaten Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan itu viral sehingga ke luar negara.
Khofifah menurut Kompas berkata Kementerian Sosial mendapati perkahwinan pasangan terbabit dilakukan secara tidak sah mengikut undang-undang negara.
Menurut Kompas pada Rabu lepas, Khofifah mengesahkan perkahwinan tersebut tidak dilakukan di Pejabat Agama kerana perkahwinan remaja bawah umur biasanya tidak diluluskan mengikut undang-undang.
Justeru, perkahwinan tersebut juga pasti tidak mempunyai sijil kahwin.
Kesatuan Bakti Pekerja Sosial wilayah turut menjenguk kediaman pasangan terbabit dan mendapati terdapat surat menyebut pasangan terbabit berkahwin di Desa Karang Endah dengan Rohaya berwalikan Petugas Pembantu Pencatat Nikah (P3N) Ibnu Hajar dengan dua saksi bernama Komarudin dan Charles.
Khofifah menarik perhatian bahawa menurut UU Nombor 1 Tahun 1974, batas perkahwinan minimum bagi lelaki ialah 19 tahun dan perempuan 16 tahun.
Setiap lelaki dan wanita yang belum mencapai umur ditetapkan tidak boleh melangsungkan perkahwinan, kecuali keluarga membuat permohonan di mahkamah.
Menurut Khofifah undang-undang tersebut bertujuan melindungi hak asas setiap anak agar mendapat pendidikan awal sebelum dewasa.
Ia juga menekankan pentingnya setiap calon pengantin memiliki kematangan berfikir, kematangan jiwa serta kekuatan fizikal bagi memenuhi tugas dan kewajipan berumah tangga.
Khofifah akur bahawa beliau tidak menafikan jodoh sang pengantin dari segi beza jauh usia kedua-dua mempelai, tetapi masalah yang timbul dalam hal ini ialah undang-undang tidak mengizinkan anak bawah umur untuk melangsungkan perkahwinan.
Khofifah mahu masyarakat mendapat maklumat jelas berkaitan isu ini dan perlu dididik agar kejadian serupa tidak berulang lagi.
Selamat dan Rohaya dilaporkan berkahwin dalam majlis sederhana dihadiri Ketua Kampung Desa Karangendah Cikani dan masyarakat setempat.
Rohaya berusia lanjut dikatakan sudah mempunyai cucu.
Ketua Polis Lengkiti Ipda Ahsum mengesahkan perkahwinan yang berlangsung pada 3 Julai lepas itu mendapat sokongan semua masyarakat setempat.
Sebelum ini, pasangan terbabit mengancam mahu bunuh diri bersama-sama, sekiranya perkahwinan mereka dilarang.
Pasangan terbabit didakwa sudah lama mahu berkahwin, tetapi dihalang oleh masyarakat setempat keranan beza usia antara kedua-duanya sangat ketara. – Sarawakvoice

0 comments:
Post a Comment