Selepas Di Lakukan Pemeriksaan Oleh Doktor..Ini Penyakit Sebenar Saleem Iklim Buat Ramai TERPANA!!!!
KUALA LUMPUR 6 Julai – Tiada apa yang menggembirakan Iera Fakhira, 28, selain dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaan ayahnya yang juga seorang penyanyi ternama, Saleem semakin stabil dan menunjukkan perkembangan yang positif.
Menurut Iera, khabar gembira itu melegakan dia serta seluruh ahli keluarganya yang sebelum ini bimbang dengan keadaan kesihatan ayahnya yang tidak kebah daripada demam selepas lebih seminggu.
Ketika ini, vokalis utama kumpulan Iklim itu masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini sejak dimasukkan Selasa lalu.
“Bulan puasa lalu, ayah okey sahaja dan masih berpuasa sehinggalah dua hari sebelum raya, dia beritahu tidak larat untuk berpuasa disebabkan demam.
“Kita pun risau lihat keadaan dia dan bawa ke hospital tetapi demamnya belum baik. Doktor pakar yang merawat ayah meminta supaya dia dimasukkan ke wad sebab keadaannya ketika itu sudah lemah dan perlukan pemerhatian serius,” kata Iera Fakhira kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Ditanya mengenai penyakit yang dihidapi bapanya, jelas Iera Fakhira, buat masa ini mereka sekeluarga belum dimaklumkan penyakit sebenar ayahnya kerana doktor masih melakukan pemeriksaan rapi.
“Macam-macam pemeriksaan dilakukan termasuklah darah, pemeriksaan imbasan berkomputer (CT Scan) dan lain-lain tetapi doktor masih belum beritahu keputusan,” jelasnya.
Tambah Iera Fakhira lagi, apa yang diberitahu hanyalah demam panas selama seminggu dan pernafasannya yang lemah tapi sudah beransur pulih.
Saleem atau nama sebenarnya AM Salim Abdul Majeed, 55, kini sudah boleh mula bercakap tetapi masih di bawah pemantauan doktor.
Kata Iera Fakhira, dia dan keluarganya berserah pada Allah dan mengharapkan yang terbaik.
Menurutnya, ini merupakan kali pertama ayahnya menghadapi penyakit yang memaksa Saleem dirawat di hospital.
“Ayah sangat menjaga kesihatan diri dan sering menjalankan aktiviti sukan seperti berbasikal. Dia sentiasa memastikan tubuhnya sihat dan berada di tahap stamina yang tinggi untuk memudahkan dia membuat persembahan.
“Sebab itu dia jarang sakit dan sebelum ini kalau sakit pun, hanyalah demam biasa. Ini kali pertama dia sakit hingga terpaksa dirawat di hospital,” jelasnya.
Jelas Iera Fakhira lagi, ayahnya ada memberitahu ingin berjumpa dengan penyanyi Ameng Spring yang banyak membantunya sepanjang dia sakit.
“Ameng yang bantu bawa ayah ke hospital, sebab itu dia ingin jumpa dengan rakannya itu,” jelasnya.

0 comments:
Post a Comment