Friday, 28 July 2017

Filled Under:

Selepas Di Pukul Alif Aziz,,Ini Keputusan Mengejutkan Oleh Bella Astillah Hubungannya Dengan Alif Aziz

Selepas Di Pukul Alif Aziz,,Ini Keputusan Mengejutkan Oleh Bella Astillah Hubungannya Dengan Alif Aziz

Melihatkan pelbagai reaksi di laman sosial semalam terhadap isu Aliff Aziz yang diserbu isterinya sendiri di pusat hiburan, rata rata komen yang ditinggalkan adalah sarat dengan emosi. Namun bagi isteri Aliff sendiri iaitu Bella Astillah, dia enggan dibuai perasaan.


“Kalau tanya soal hati, memang saya begitu terluka. Namun, saya melahirkan zuriatnya. Saya enggan terlalu dibuai emosi kerana tak mahu anak ini hidup tidak berbapa jika terlalu menurutkan rasa amarah”

“Rumah tangga kami pun masih baru dibina. Saya harap ada jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini. Selagi boleh dipertahankan, akan saya lakukan,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu menerusi rakaman temubual bersama Bella oleh Harian Metro, Bella menyatakan tujuan dia membuat laporan polis bukanlah di atas niat memburukkan suaminya namun kerana rumahtangganya diganggu.



“Sebenarnya saya report polis ni bukanlah nak kata saya ni dibelasah oleh suami, tak. Saya nak kemukakan, di mana rumahtangga saya dikacau. Ituu niat saya. Bukanlah saya nak cakap suami saya jahat, tak. Saya nak bagitau rumah saya begini disebabkan orang ketiga,” kongsinya lagi.

Jika Bella sendiri menyatakan keinginannya untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina, semoga apa yang diimpikan olehnya itu akan tercapai. Bak kata Bella sendiri dalam video temubual tersebut, dia percaya bahawa tidak ada insan yang melakukan kejahatan selamanya




0 comments:

Post a Comment