Fattah Amin, Fazura Dah Nak Bertunang?
Keakraban antara dua pelakon sama cantik sama padan, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin sememangnya sudah diketahui ramai. terutaam para peminat mereka.
Hubungan mereka dikatakan terjalin sejak kedua-duanya digandingkan dalam drama yang meltup letup iaitu, Hero Seorang Cinderella.
Malah, hubungan yang mula terjalin sekitar 7 bulan lalu terus berpanjangan sehingga sekarang walaupun sudah tamat penggambaran drama Hero Seorang Cinderella.
Kini kedua-duanya bukan sekadar sering kali diundang bersama-sama ke sesebuah acara, malah saling berbalas-balas komen di laman sosial Instagram.
Oleh itu, memang tidak hairanlah apabila ramai peminat yang mengharapkan Fattah yang kini berumur 27 tahun dan Fazura yang sudah mencecah 34 tahun, benar-benar bercinta di luar lokasi.
Yang terbaru tentang perkembangan hubungan mereka berdua, tanpa angin mahupun ribut, kedengaran pula desas-desus mengatakan pasangan terbabit akan melangsungkan pertunangan pada 13 November depan.
Berita ini dilaporan oleh portal hiburan arus perdana Berita Harian Online.
Ia mula timbul apabila wujud tanda hashtag #roadtopekan yang bagai menguatkan lagi spekulasi penyatuan dua bintang berkenaan.
Bagaimanapun, Fattah yang turut mencipta fenomena menerusi drama Suri Hati Mr Pilot menganggap cerita mengenai pertunangan mereka sebagai sekadar khabar angin, selain doa peminat buat mereka.
Ini komen Fattah Amin:
"Mungkin semua itu hanya khabar angin kerana supertelefilem lakonan kami berjudul Wanita Terindah akan dilancarkan, esok.
"Saya bagaimanapun menganggap ia sebagai doa. Saya pula memang mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua,"
"Dia memang teman artis yang paling rapat dengan saya. Pengalamannya sebagai anak seni banyak dikongsi bersama saya, termasuk cara mengharungi kehidupan dalam industri hiburan. Dia sendiri wanita yang sangat berdikari, pandai membawa diri, positif dan ceria.
"Aura positif yang dimilikinya sangat luar biasa dan mampu mendorong kita untuk menjadi sepertinya," kata pelakon kelahiran ibu kota ini.
Sementara itu, Fazura yang bakal muncul dengan album sulung pada 3 November depan, ketika dihubungi turut menafikan beliau akan bertunang dengan Fattah.
Ini komen Fazura:
"Saya sibuk, begitu dengan dirinya. Jadi, macam mana hendak bertunang?" katanya yang turut terkejut apabila diajukan dengan soalan berkenaan.
Fazura berkata, dia takkan sesekali menyembunyikan berita gembira andai hubungan mereka menajdi serius dan berakhir dengan ikatan sah.
Sumber: BH Online

0 comments:
Post a Comment