Tuesday, 10 October 2017

Filled Under:

"Nama Anak Kau Kuno!" - Nama Bayi Saharul Ridzwan Dikutuk ..Isteri Saharul Tampil Balas

"Nama Anak Kau Kuno!" - Nama Bayi Saharul Ridzwan Dikutuk ..Isteri Saharul Tampil Balas

Pelakon tampan, Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Amir telah selamat bergelar ibu bapa apabila menimang cahaya mata sulung baru-baru ini.

Saharul Ridzwan baru-baru ini ada berkongsi gambar, mendedahkan wajah anaknya buat pertama kali kepada umum serta tatapan peminat-peminatnya.

Anak Saharul Ridzwan ini diberi nama Muhammad Luth Ali, satu nama yang cukup indah dan simple serta meruapakn gabungan nama nabi.

Namun yang mengejutkan, ada follower yang menulis komen negatif, mengkritiknama itu.

Katanya, nama ‘Ali’ yang diberikan kepada anak Saharul Ridzwan ini adalah ‘nama kuno’.


Ini tulisnya: "Ali? Hahaha. Kunonya nama. nasib bapa handsome"

Susulan darip komen itu, isteri kepada Saharul, Deena Emir telah tampil memberi respon balas di ruangan komen dengan mengatakan bahawa nama Ali itu tidak kuno malah nama tersebut turut ada di dalam Asmaul Husna.

Ini respon balas Deena Amir:

“Awak je rasa kuno. Check la maksud dalam bahasa Arab pulak. Saidina Ali & salah satu Asmaul Husna pun ada علي. Harap buat homework lebih sebelum bercakap ya. Tq” 

Sebagai Ibu bapa, memang akan rasa geramlah jika nama yang amat indah dan mempunyai maksud yang baik-baik diberikan kepada anak mereka di tertawakan dan diperkecilkan sebegitu.

Rata-rata para follower Saharul Ridzwan juga tampil menyuarakan komen kurang setuju dengan komen individu tersebut.

Ini antara komen dari para follower Saharul Ridzwan yang lain:

nuramilialatef: "Nama Ali laa sedap nama nabi..nak panggil pun medah dan indah..sedap mulut dan bahasa kutuk nama nabi kuno!! tak kan nak bubuh nama mat salleh baru sempoi… herrgh.. fikir sebelum kata!!

sitikhadijahsuparman: "seriously??? Say only when u have nice things to say. If not stay silent. Kuno or tak…. It’s a meaningful and beautiful name that the parents have chosen. If you don’t like it… So be it. But other people have their own preference. Kindly please respect that ya.

dian_nur: "Ali..pilihan nama yang indah…saidina Ali R.A salah seorg khalifah rasyidin, menantu nabi, di antara sahabat yang memperjuangkan islam, nama yang ever green… tahniah memilih nama yang indah.. semoga menjdi anak soleh taat pada Allah dan ibu bapanya

cikgudiza: "Orang tu tak tahu nama ali tu sangat indah. semoga Ali jadi anak yang membahagiakan kedua orang tua..

Apapun, kepad Deena Amir dan Saharul Ridzwan, bersabarlah banyak-banyak.

Mulut orang memang begitu, ada sahaja yang tak kena.

Selamat melayari kehidupan sebagai ibu bapa. Memang satu detik dan pengalaman yang amat manis setelah bergelar ibu dan bapa.

Sumber: IG Saharul Ridzwan




0 comments:

Post a Comment