Thursday, 13 July 2017

Filled Under:

Berita Baru Diterima,,Selepas 10 Hari Masuk Hospital,,Akhirnya Saleem Iklim Kembali Sembuh...

Berita Baru Diterima,,Selepas 10 Hari Masuk Hospital,,Akhirnya Saleem Iklim Kembali Sembuh...

SELEPAS 10 hari berada di hospital, keadaan penyanyi legenda iaitu Saleem kini dilaporkan semakin menunjukkan perubahan positif.

Isterinya, Juriah Bachok atau lebih mesra disapa Julia berkata, Saleem tidak lagi memerlukan tiub untuk makan dan minum.

"Alhamdulillah keadaan Saleem semakin baik dan dia kini tidak lagi menggunakan tiub untuk menikmati makanan.

Foto terbaru yang dimuat naik di Instagram Saleem pada Selasa lalu. 

"Cuma dia belum boleh bercakap seperti biasa kerana badannya masih lagi lemah kerana penat melawan sakit terlalu lama.

"Saleem seorang yang kuat dan dia lawan sakit. Berkat doa dan sokongan keluarga, rakan-rakan selebriti dan peminat juga membuatkan Saleem semakin pulih," kata Julia ketika dihubungi mStar Online.

Saleem sebelum ini dimasukkan ke wad pemantauan telah dipindahkan ke wad biasa, Pusat Pakar Universiti Kebangsaaan Malaysia (PPUKM) yang lebih privasi sejak Rabu lalu.

"Saleem dipindahkan ke wad biasa selepas doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih. Tapi selepas itu kami tukar lagi ke bilik yang lebih privasi supaya dia dapat rehat dengan secukupnya.


Saleem bertuah ditemani isteri tersayang.
"Boleh katakan setiap hari ada orang datang melawat. Insya-Allah mungkin esok, lusa atau beberapa hari lagi Saleem akan dibenarkan pulang ke rumah," ujarnya.

Saleem dimasukkan ke PPUM pada 4 Julai lalu akibat demam panas hampir sebulan.
Julia memberitahu dia tidak sabar untuk membawa pulang suaminya dan bekerja mencari rezeki seperti biasa.

"Sebenarnya dah bosan duduk di hospital ini. Saleem pun rasa tak sabar nak balik dan nak cari rezeki dengan membuat persembahan.
"Harap semua doakan yang terbaik buat Saleem dan terima kasih kepada yang tidak henti memberi sokongan," katanya.





0 comments:

Post a Comment