UPDATE!!! Selepas Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Mati Hero Pengguna, PPIM
Kelmarin, satu kekecohan berlaku setelah sekumpulan pemilik kereta menuntut semula kenderaan masing-masing yang dipajak kepada sebuah syarikat di Kajang, Selangor, setelah berasa tertipu apabila tidak mendapat pulangan sewajarnya seperti dijanjikan.
Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 2.45 petang itu, kira-kira 30 pemilik kenderaan ditemani beberapa aktivis PPIM dikatakan merosakkan kunci mangga pada pagar di stor kenderaan syarikat itu untuk mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga timbul kekecohan.
Kerana itu, nama Yusuf Azmi, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM menjadi bualan hangat pengguna media sosial sejak kebelakangan ini kerana keberanian yang ditunjukkan oleh beliau yang menggempur sebuah gudang penyimpanan kenderaan.
Disebabkan itu juga, beliau dilabel dengan hero pengguna.
Dalam satu kenyataan, Yusuf mendakwa beliau menerima beberapa gertakan termasuk ugutan bunuh terhadap diri dan keluarga.
Namun, walaupun mendapat ancaman demi ancaman, ia tidak sedikitpun menjejaskan semangat beliau bagi terus memperjuangkan hak pengguna yang dinafikan, bahkan menggelar mereka sebagai 'gengster tepi jalan', seperti dipetik dari mStar.
Berhubung tindakannya yang disifatkan sebagai menceroboh, polis Selangor membuka satu kertas siasatan berkenaan isu tersebut, yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, polis mendapat laporan daripada seorang eksekutif lelaki yang bekerja di syarikat tersebut yang mendakwa stor syarikat itu telah diceroboh sekumpulan lelaki pada Isnin lalu bagi mengambil kenderaan yang disimpan di dalam stor berkenaan.
Polis mengatakan mereka akan menjalasankan siasatan telus dan adil meminta orang ramai memberi ruang dan masa untuk pihak mereka bagi melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian.

0 comments:
Post a Comment